Rabu, 16 Februari 2011

..hidayah Allah..


Bismillahirrahmanirrahim...

kadang-kadang manusia ini mudah lupa, kadang-kadang bila manusia ini berasa dia ada banyak ilmu, dia menjadi lebih baik dari orang lain, dia lebih hebat dari orang lain..membuatkan dia lupa. tentang ada Si Dia Yang Maha Hebat dan lebih Maha Agung dari dia...

membuatkan hatinya menjadi keras..sukar ditegur,tidak mahu ditegur, tidak mahu orang lain melihat dia salah..tidak mahu membuka dirinya untuk difahami oleh orang lain..
tidak mahu ditarbiyyah..maknanya dia tidak mahu hidayah Allah...

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." surah Ar-Ra'd 13:11

saya sedar, saya tidak layak untuk menulis tentang hal ini, kerana hidayah adalah hak mutlak milik Allah yang Maha Pemberi hidayah..

sahabat pertama:
Dia adalah akhawat pertama indonesia yang kami ada di kampus ini. dalam keterbatasan ilmunya untuk memahami islam, dalam keadaan sekelilingnya yang langsung tidak mendukung dia untuk menjadi seorang seorang penggerak islam...akhirnya Allah telah memberi hidayah untuknya. bukan secara kebetulan, tetapi dia sendiri yang berusaha untuk mencari hidayah Allah. dari tidak tahu mengaji, dia tekad untuk belajar mengaji al-Quran dari seorang akhawat,dari tidak memakai tudung, dia berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, dia berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan lebih sempurna, dia berusaha untuk mencari usrah yang sebenarnya usrah,dia berusaha untuk menjadi seorang penyampai, berusaha untuk menjadi seorang daie, seorang penggerak. dia berusaha, dia menguatkan hatinya, dia tidak malu walaupun di ejek oleh kawan-kawannya, dia bertekad untuk menjadi seorang akhawat, dia bertekad untuk menjadi seorang dai'e walaupun kawan-kawannya menentang perubahannya..bagaiamana dia berusaha???
Dia sangat rajin bertanya..dia tidak malu untuk bertanya tentang apa yang dia tidak faham, walaupun hal sepele, tapi dia tetap bertanya tentang hal itu. dia tidak malu, dalam hati dia kami dapat melihat bahawa dia memang bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang muslimah, dia selalu bertanya: 'kak, liqa' kita minggu ni kapan?? malam ini ada daurah gak?? kapan mau ngumpul lagi kak? bersama-sama akhawat jakarta yang lain? kak, siapa lagi akhawat jakarta yang lain, aku pingin ketemu kak???" setiap minggu dia bertanya kpd kakak usrahnya yang baru.
dia juga sering bertanya kepada saya.."gimana ya aku bisa menasihati teman2ku untuk berubah? aurat itu bagaimana ya masitah? aku pingin berubah begini, bisa gak? kamu ada ayat2 alquran tentang hijab gak..???" begituuuuuuu banya persoalannya untukku, untuk kami..
kerana 1: dia ingin berusaha mencari hidayah Allah, dia berusaha untuk mencari redha Allah, dan dia berusaha untuk mencintai Allah, RasulNya dan agama-Nya...

sahabat kedua:
Sudah 2 tahun kami berusaha pergi kepada dia, kami selalu sharing dengan dia, kami melakukan pelbagai wasilah tarbiyyah dengan dia dan kawan2nya, dia sudah dapat banya ilmu dakwah, kami sentiasa beri perangsang dan sokongan untuknya bergerak (semoga Allah menjauhkan sifat riak dari hati kami)...segala2nya...setelah 2 tahun, namun dia tetap begitu.
bila bersama murabbinya, dia seolah-olah tidak mahu membuka dirinya untuk difahami oleh kakaknya, dia tidak mahu membuka segala masalah yang dia hadapi dengan kawa2nya dengan kakaknya..hanya jawapannya.."okay jer kak..". setiap minggu, kakak usrah yang bertanya bila mahu buat usrah, setiap hari kakak usrah bertanya, apa masalah kamu dengan kawan2, bagaimana keadaan di sana, dan banyak lagi pertanyaan...yang hanya dijawab.."okay jer kak,tiada masalah yg besar2 sgt, jangan risau lar...". dan setelah 2 thn..dia tetap mandul..
bila kakak usrah busy, dia langsung tidak bertanya tentang usrahnya, bila kakak usrah pesan.."nanti bila balik malaysia, jangan lupa terus sms akak tau, nanti kita buat usrah call.." dan sang kakak terus menunggu..dan menunggu..sehingga habis cuti, si adik langsung tak telefon, walaupun sudah balik ke sini, dia tetap tak telefon atau reply sms dari sang murabbi..
dia lebih mementingkan kawan2 berbanding tarbiyyah, dia tidak mahu ditegur, tidak mahu membuka hatinya, seluas-luasnya yang dia mampu..untuk menerima ditarbiyyah dan mentarbiyyah...usrah hanya boleh terima bahan2 yang basic dan ringan, tidak mahu terima bahan2 yang haraki dan berat, tidak mahu berlama-lama dlm usrah hanya dengan alasan..."saya nak berjumpa dengan kawan2 yang lain..."....dia tidak mahu terima bila ditegur...dia mahu memilih dengan siapa dia bekerja...kesimpulannya: kalo sebulan si kakak tidak hantar sms kepada dia even bertanya kabar sekalipun, maka sebulan juga dia tidak akan hantar sms juga bertanya kabar kpd si kakak..

"Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah Memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (surah al-Qasas 28: 56).

sungguh, Allah Maha Mengetahui, hati siapa yang benar-benar berusaha untuk mencari hidayah-Nya, sungguh Allah Yang Maha Penyantun benar-benar tidak akan menzalimi diri hamba-Nya..Dia Memberi kepada hamba-Nya yang berusaha, berusaha untk mencari hidayah-Nya, berusaha untuk mencari redha-Nya, berusaha untuk mencintai...

"..Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perasaan riak dan sombong, Ya Allah..aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang menyesatkan..
maka kuatkanlah iman di dalam hatiku, tetapkanlah hatiku untuk terus melangkah di atas jalan dakwah-Mu..sehingga ke akhir hayatku., sehingga ke hembusan nafas yang terakhir, jadikanlan dakwah dan tarbiyyah ini sebagai cara hidupku, izinkanlah aku untuk mati syahid di jalan-Mu, tsabatkanlah aku sehingga kemenangan agama-Mu Ya Rabb..kabulkanlah segala doa dan harapanku, dan ampunkanlah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku.." aminn.
.


Ahad, 6 Februari 2011

Kisah Air Mata


Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa.

Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

..copy paste dari : http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1622-kisah-air-mata.html

Khamis, 3 Februari 2011

Dia Yang Setia Menunggu..



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

ehermm...^_^
dah lama tak menulis di blog ni, rasa canggung plak, hehe...

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (surah Qaf 50: 16)

"Dan ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (surah alBaqarah 2: 152)

" Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh Tuhanku di jalan yang lurus (adil)." (surah Hud 11: 56)

" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui." (surah al-Mulk 67: 13-14)

Subhanallah, Ya Allah, betapa Engkau sangat-sangat mencintai hamba-Mu..
ke mana saja kami pergi, Engkau pasti ada..
setiap saat, setiap waktu,
tidak kira ketika kami ketawa, ketika kami sedih, marah, kecewa...
Engkau pasti ada, setia menemani kami..
setia..sangat setia...

Asatargfirullahal'azim...betapa hinanya hamba-Mu ini..
betapa ruginya kami,
kami yang menzalimi diri kami sendiri..
kami yang sombong,
kami hamba-Mu yang tidak sedar diri, tidak tahu berterima kasih..
selalu lupa untuk bertasbih kepada-Mu
selalu lalai untuk mengingati-Mu..
selalu saja lupa untuk bertasbih memuji-muji-Mu...

Apakah yang telah kami lakukan ini Ya Rabb,
Engkau yang setia memelihara kami,
Engkau yang setia menunggu kami untuk menemui-Mu kembali,
Engkau yang Maha Agung..menunggu kami
di setiap waktu..setiap waktu malam...di setiap sujud kami..
owhhh...celakalah diriku ini..
kerana selalu lupa akan diri-Mu..
betapa ruginya hamba-Mu ini..
ampun aku Ya Allah...


Rabu, 2 Februari 2011



SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :NadaMurni
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid..

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah diburu syahid
Namun jiwa tetap marak menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..

Rabu, 3 November 2010


tgh sedih sbnrnye ni
homesick..
huuuu.....

then bler bace akhbar onl9,
ttg b'mana taghut2 or musuh2 islam mnghina islam
mkin b'tambah emo plak

rindunye kat mak abah
kat adik2 kat umah
kat kucing2 umah

i really2 miss my home..
huuuu..T_T

geram!




Bismillah..

my mood skrg: rse sgt bosan, bosan tau x???!!
dgn berita2 bohong yg dkuarkn oleh taghut2 keji ttg islam, bosan dgn pnipuan2 dunia yg sgt2 mmualkn, bosan dgn musuh2 islam yg tak habes2 nak mmprovoke islam!
"ssungguhnya musuh2 islam alwayz b'usaha utk mnjatuhkn islam..ya Allah,....(speechless..=()

bce eramuslim : tak hbes2 dunia barat nak mnjatuhkn islam, mngecam islam dgn pelbagai fitnah yg mnyakitkn hati bler mmbacenyer, kecamn demi kecamn...
bce akhbar2 mesia : tak hbes2 ttg brite2 ngra yg pnuh dgn pnipuan & lakonn smata2, mmalukn agama Allah jer kejenyer..!
tgok luar rumah : org hnya islm pd ktp, bler tanye agame ape, mrk jwb islam. tpi tgok dri ats bwh lgsg tak mnunjukkn identiti islam.
gerammnye!!!!


Rabu, 27 Oktober 2010

~bioetics is love of life~



sbnarnye xder kaitn pun dgn tajuk, tpi skrg ni dlm mood 'in love'...(weeee....=))
Bismillah..
krn Allah tlh mnyusupkn prasaan cinta dlm hati stiap hamba-Nya,
so b'syukur lar coz kita dberi ksempatan utk mncintai & dcintai..
mncintai Allah & pasti Allah akn mncintai kita
mncintai Raslu-Nya & Rasul-Nya akn mncintai kita
mncintai mak & ayah, & smestinye mak n ayah kita amat mnicntai kita..
mncintai sahabat2 kita, & insyaAllah mrk pun akn mnicntai kita..

mncintai agama-Nya, sanggup b'juang b'mati-matian utk mnegakkn agama-Nya sbg UA di alam ini
mncintai jalan dakwah-Nya, snggup b'habes tenaga, masa, wang hatta dbayar dgn darah pun sanggup thabat di jalan-Nya..
so cmner nak mncintai ini sume...???

ssungguhnya Allah hanya mnciptakan satu ruang dlm hati, hanya bleh di isi dgn satu cinta sja.
so kene lar pilih...hurmmm...
cinta Allah vs cinta sang kekasih hati...
cinta Allah cinta yg pasti n hakiki,
cinta sang kekasih TAK PATI N TAK HAKIKI..
tepuk dada tanya iman,
itupun klo iman tgh kuat skrg ni,
klo iman dlm hati tak kuat...????
nak wat cmner???
cari lar sndri jwpn...=p

wassalam..



..pesanan..

pesanan dari sorg ukhti M'sia, smoga mnjadi pncerahn hati kita yg b'usaha tegar
di ats jalan-Nya..biiznillah..=)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

Jika bicara soal rindu, pastinya hati-hati ini lebih rindu pada yang disana..
Jika bicara soal cinta, pastinya hati yang berlari, jatuh dan bangun bersama
kalian lebih2 lagi merasakannya..
Benarlah kate orang, hati yang ditinggalkan lebih sepi dari yang pergi..

Mestilah rabithah hati kita penuh membayangkan sahabat2 dulu yang same2
memakmurkan kolej masing2..
Dan sekarang Allah memberikan taqlif yang lebih besar..Diizinkan setiap dari kaki kita
bertapak disegenap pelusuk dunia dan mengembangkan payung2 islam di sana..
Sesungguhnya hati ini yakin sahabatku di benua mane pun;
malaysia, uk, ire, oz,india, france dan czech, Allah telah dengan penuh cinta dan
KasihNya mentakdirkan kalian dicampak ke sana..Moga di sana kalian lebih dekat
denganNYA dan lebih2 lagi menjadi lebih baik dari dulu mahupun sekarang..
Dan nostalgia dan kenangan zaman muda2 kita dulu, kita akan simpan dlm lipatan memori utk
menjadi penghibur di kala duka lara..(+_=)

Adek beradekku,
disetiap tempat ada rijalnya,
disetiap zaman ada rijalnya,
dan kalian la rijal zaman ini dan di tempat itu..
Yang mempunyai ciri berikut;
menepati janji,
Berdiri utk diri sendiri,
dan berdiri utk orang lain..

Kalian la Qaedah Sulbah yang di nanti umat ini,
yang mempunyai ciri berikut;
menazarkan dirinya utk Allah dan Rasul,
dan menyediakan diri untuk sebarang bebanan..

Kalian la Ghulam dakwah ini,
yang mempunyai ciri berikut;
Keimanannya mengentarkan hati si raja yg zalim,
dan mampu menegakkan kebenaran dalam keadaan mana pun..

Kalian lah Umar zaman ini,
kalian lah Abu bakar zaman ini,
Kalian lah Abu ubaidah, Khalid, Ali, Usman,
namakan sahaja sahabat2 itu
dan dizaman ini,
kalian la mereka!
Yang mempunyai peribadi seperti mereka..

Ayuh kita izinkan diri ini diunikkan dengan Al Quran,
dan dicelup dengan sibghah Allah..

Sahabatku,
Dibumi mana kalian berada,
Allah telah memilih kalian,
di atas semua yang lain,
untuk merasakan manisnya hidayah ini,
dan untuk terus tegar di atas jalan ini..

Sahabatku,
masa berlalu,
dan tapisan akan sentiasa berlaku,
sesungguhnya jalan ini,
hanya untuk orang2 yang dipenuhi debu2 mulia dek jauhnye berjalan,
kiri dan kanannya penuh ujian dan duri,
hanya tunggu nak sangkut kat badan kita,
dan terus menghambat kita dari jalan ini..

justeru sahabatku,
Tetaplah berpegang dengan tali Allah,
kuatkan keimanan kalian padaNYA,
sebagaimana lintah, pacat dan siput babi melekat pada sesuatu permukaan..
(^_~)

Kerehatan adalah kelalaian seorang daie,
sebukkan diri kalian dengan urusan dakwah,
sakitkan diri dengan duri dan ranjau jalan dakwah,
hingga kalian tdk lagi merasai cinta pada dunia..

Dibumi mana kita tercampak,
Kita akan bekerje keras disitu,
kerana keje kita bukanlah kerana tempat,
tapi kerana apa yang kita bawak..
justeru belum sempat merasai kesakitan berubah kiblat baru,
kita dah siap bekerja membangunkan tempat itu,
dah bersingsing lengan utk membantu dakwah disitu,
dan tanpa sedar kesakitan itu hilang,
sebelum sempat menyentuh ke hati kita..

Kesakitan hati kalian,
pergolakan perasaan,
kekecewaan emosi,
kerinduan yang menebal,
dan apa sahaja yang kita rasakan,
adalah satu proses pendewasaan,
yang hanya bisa di tangani dengan IMAN kepada Allah..
itu lah yang terus menjadi bekal kita disini..

Ar rijal,QS dan Ghulam,
hanya terbukti bila kita di uji,
kerana reaksi pada ujian,
adalah manifestasi hati,iman dan kefahaman..

Sahabatku,
tetaplah kalian terus tegar berlari,
walo nantinya tiada siapa di sisi untuk terus menemani,
biasakan diri untuk berdiri sendiri dan sorang-sorang,
dan moga Allah terus memilih dan menguatkan kita
dalam keadaan apa pun..

sesungguhnya hati ini rindu,
pada semua kalian,
dan melepaskan kalian utk di ulik cinta pada tempat baru,
adalah satu kemestian dan keperluan,
kerana kalian akan dewasa di sana..
(=_~)

Hati ini berbunga penuh harapan,
moga nantinya Allah tetap memilih kita,
dan mempertemukan dengan semua,
dalam keadaan kita lebih dewasa..
Barangkali pada mase itu,
kita sudah bercucu dan bercicit..
tapi harapan itu mustahil untuk berlaku,
jika langkah kita sekarang ini cengeng..

Justeru sahabatku,
tajdidkan niat kita seperti umar pada setiap langkahan kakinya,
halakan bidayah kita supaya tdk silap,
ikhlaskan hati kita,
jihadkan usaha kita,
dan perhebatkan larian kita,
Moga Allah menghitung segala amal kita,
dan membalasnya dengan sebaik2 balasan.

Kutujukan ini buat semua anak-anak singa di seluruh pelusuk dunia
di setiap tanah yang dijajah dek kaki kalian..
(~_~)
best regards,
siti fatimah sazali
,
malaysia..

"biarkan ia mengalir kencang dalam segenap pembuluh darah kita
sampaikan setiap aksi menjadi saksi"



Isnin, 25 Oktober 2010

...hujan..




..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lgi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, ptg ni msih hujan lgi.
hujan dri rahmat Allah Yg Mha Pengasih..

hari ni nak mngungkapkn ttg per??
ttg hujan j lar..
Allah ade b'firman dlm Quran, sgt banyak ayat ttg hujan yg Dia turunkan..
Hujan yg turun dri langit, yg akan mnghidupkn yg mati..
hujan rahmat yg akan mnumbuhkn tumbuh2n & mmberi sumber minumn kpd sume makhluk hidup dmuka bumi t'utama manusia
hujan yg akan mngalir k laut, then mngewap jdi wap air, then jdi awan, bler dh berat akn trun smula jdi hujan..
ni adlh sunnatullah..
sunnatullah..
yg Allah cakap, Sunnatullah tu pasti akn terjadi
tiada yg lebih mmegang janjinya b'bnding Allah , Tuhanku & Tuhanmu yg Maha Pemegang Janji
Dia tak prnah mungkir pun
b'mana dgn hamba-Nya..????

dh dapat ttg ibadurrahman..?
dmana kita kene mreflekskn sifat-Nya dlm diri kita
dlm hidup sharian kita??
cmner nk mreflekskn sft Allah yg mmegang pd janji or amanh org dgn baik skali..
b'mana nk mngikut sunnah Rasulullah yg amanah & tak prnh mungkir jnji..??
cbe lar..
hurmm...knaper sye ckp sal janji ni??
coz as a dai'e scara smulajadi nyer kita kene lar mmegang pd janji
cbe bayangkn...kte dh b'jnji dgn kawan nk b'jumpe ngn dy kat suatu tpt..., pd jam,... hari..n so on..
bler tbe pd saat yg djanjikn..
kte pun mnunggu kwn kte tu, kat tpt yg dtentukn, pd waktu yg dtentukn,hari yg dtentukn,...
msih segar, mood happy, wangi, tak b'peluh2 n b'semangat nk b'jumpe ngn kwn kte..
tunggu 5 mnit..
15 mnit...(hati dh mule t'tanye2: knape dy ni tak dtg lgi...??)
20 minit..kwn yg dtunggu x dtg lgi
tpi dh mle b'peluh, pns, bau dh b'cmpur ngn peluh, kaki lenguh, penat, n bosan pun dh mula dtg, mood dh mula hilang,semangat dh mula kendur..
tpi sbab tarbiyyah n janji : kuatkn hati utk mnunggu dy yg tak kunjung dtg, pujuk hati spy b'sabar..
hmpir sejam b'lalu, bru nmpk dy..dri jauh b'jalan mlenggang mnuju k'arah kita, dgn t'senyum2..(kdg2 t'lupa nk minta maaf coz dh slalu dtg lmbt klo ad p'temuan...)
owhhh...alangkah letihnye mnunggu..mse hbes cmtu jer coz mnunggu dy yg dtg lmbt,
tpi krn tarbiyyah n dakwah : tetap t'senyum mnyambut kdatangn dy..
owhhh...kenapa kah??

bukn ker kita ni daie??
bkn ker kita dh tau ttg 10 muwasaffat tarbiyyah..?
bkn ker kte dah takder mase utk wat kerje2 yg tak b'faedah
bkn ker ade ramai lgi sahabat2 kte dluar sne yg setia mnanti kte dtg kpd mrk..
bkn ker kita tau ciri2 org yg munafik..
bkn ker kita tau bhw ssama akhawat lar kita plg kene jage hubungan & hati ssama kita???
bukan ker...???
or sye ad t'slh cakap?
ntah lar...

di jalan dakwah ni lar sye blajar utk b'sabar (coz dlu sye plg tak suke klo mnuggu orang..)
di jalan dakwah ini lar sye belajar utk b'cakap bler perlu n mminimalkn volume suare bler ddepan khalayak (coz dlu sye sgt suke b'ckp tanpa henti n volume mmg kuat)
di jalan dakwah ni lar sye blajar utk b'sopn sntun n lemah lembut ssma sahabat n mad'u
di jalan dakwah ini lar sye rajinkn diri utk buka lappy coz ade adik2 yg mnuggu utk dsentuh hatinye d fb
di jalan dakwah ni lar sye wat muka tak tau malu
di jalan dakwah ini lar sye mnangis coz kdg2 rse lemah sgt
di dakwah ini lar sye blaja utk mnyayangi sahabt2 sperjuangan krn Allah
tpi kpd mu duhai sahabat2 ku,
korg pun belajar lar jga sumthg dri dunia dakwah ni..
coz sye mngaku, hati sye sgt2 lemah, n tak kuat pun..sye pun perlukn dokongn sahabat2 sume,
belajar lar sumthg spy kita same2 bleh saling mnasihati utk kbaikn kita n islam...


ssungguhnya duhai sahabat2ku , aku mncintai kalian krn Allah..


Jumaat, 22 Oktober 2010

mendung...

petang ni kat luar tgh mendung,
dalam ni hati sye pun mendung..
serabut lar..
haishhh....
astargfirullahala'zim...
sharusnya sye mnjalankn tugs sye sbg sorg D,
jgn larut dgn mslh yg spele,
xde gunenyer..
ssungguhnya ape2 jer mslh tu dh lame t'tulis dlm kitab-Nya yg Maha Agung
lgi Maha Suci
sye tak leh sedih
sedaya upaya kene lar kuat n tabah
kan Allah slalu Cakap
"tiada rasa sedih n takut dlm hati sorg muslim.."
tpi sbenarnye sye bukn lar sedih sgt
coz hilg hp
tpi rse sedih ngn diri sye
yg manje sgt
baru hilang hp, tpi dh x leh kwl perasan
rilek lar wahai cik masitah..
dulu Rasululllah kekasih Allah..
bginda hilang isteri kesayangan n bapa saudara yg sgt2 mndukung,
bginda rse sedih, tapi x larut dlm mslh
tugs sbg D tetap bginda buat
tetap bginda b'jalan di muka bumi ni w'pun tiada lgi pngubat hati bler balik umah,
coz ape???
coz Allah kn ade
kalo rse sedih..
sye kene mngadu kat Allah
kalo rse marah,
sye pun kene mngadu kat Allah
kalo rse takut
lgi lar sye kene mngadu kat Allah
coz Allah Maha Mndengarn Maha Melihat
tapi knape hati sye rse lain
honestly...
ape yg sdg b'laku dlm hati sye ni
x dpt nyambung lar..hesihhh...=(
sye rse sedih ker???
knaper??
sdgkn dh 3x hp sye hilg,..
mcm lar x pnh hilg hp slame ni,
isk2...
hati tgh sedih or kecewa????
duhai hati kpd cik masitah,
ape perasaan awk skrg?
sedih?marah? kecewa???
tpi yg sye psti lar,
hati sye ni tgh kecewa coz sye x dpt mngawal emosi sye
n skali lgi tlh mlanggar janji
coz skali lgi sye x g mtht,
n sye x jlnkn tugs sye sbg sorg sahabat
x mnjalankn tugs sbg sorg hamba-Nya
n sye sgt2 useless skrg ni
x dpt nk wat per2
slalunye ape yg ad dlm hati
akn dpancarkn kluar
n sye ni plak jenis yg mmg x reti nak mmendam
klo sye tgh sedih,
maka muka sedih lar yg sye tnjukkn
klo marh, muka mrh lar yg sye tnjukkn
n so on..
so skrg ni sye x nyambung dgn hati sye
nak tulis per kat blog ni???
nak tulis ttg hati sye yg x nyambung ngn fisik, emosi n mental

Allah Cakap " Dia lebih dekat dgn kita b'bnding urat dileher kita"
Allah Maha Halus, Maha Teliti n Maha Mngetahui segala2nya
sma ada sye kluarkn or sembunyikn ape yg ad dlm hati
sbab tu lar sye ngn Dia xder rahsia
coz Dia mesti mmahami sye
cme sye jer yg kdg2 x mmahami Dia
kdg sye slalu lupakn Dia
ape lar nk jadi ngn diri sye ni
haishhh...(mngeluh lagi..)
jgn mngeluh lar masitah
Allah cakap, manusia tu dciptakn mmg suka mngeluh
nmngeluh tu sift yg buruk n bleh mnjerumuskn kita dlm sft x b'syukur
n msti dpt punishment dri Allah
huhu..maafkn sye Allah..=(
dah2..ape lar y sye mrepek ni
byk lgi keje sye kene wat
ppt x wat lgi
ape nak jaid lar..
huu..
ok lar,
wahai Allah Tuhan skelian alam
skrg ni hnya kpd-Mu aku mmohon
beriknlh hamba-Mu ini kkuatn ya Allah
kuatknlh hatiku
beriknlh ktenangan n kdamaian dlm hatiku
& jauhknlh aku dri t'jerumus dlm lembh yg hina lgi mnyesatkn..
ampunknlh sgala dosa-ku & dosa k2 ibubapa-ku
ameen...

Isnin, 18 Oktober 2010

~ CInTa..~




Bismillahirrahmanirrahim..


CINTA?
owhh..cinta tu best tau, prnh rase x??
tulis surt tuk si dia,slalu rindu kat dy, sms..tgok buln nmpk dy..
cinta..?
klo x jumpe ngn kkasih hati, rse resah sgt2!!
shari cm stahun rsenye..
1 jm cm shari plak ..huhu..
tak bleh, kene jmpe gak ngn dy w'pon jap,
mlm2 msti b'gayut smpi 2-3 pgi,
tak sah klo tak tepon dy, x dgr suare dy
nti tak leh tido mlm...
hehe...

CINTA..?

Allah Cakap,
cinta tu adlh anugrh dri Dia
Allah Cakap,
Cinta tu suci...sgt2 suci..

dlm hati stiap hamba-Nya ad cinta,
dgn perasaan cinta,
manusia sling b'kasihn,
spasang kekasih b'pacaran.,
sorg ibu sanggup tak tido malam klo si kecil demam,
sorg ayah sanggup mmbanting tulang 4 kerat utk mncari rezeki utk kluarga t'sayang,
dgn cinta,
yg pahit jdi manis,
yg tak best jdi best,
yg boring jdi mnarik..

owhh..duhai hati..
kenapa begini..??
taukah dikau..
Allah mnciptakn 'cinta'
dan di amanahkn kpd stiap hamba-Nya..
spy apa..??
spy kita dpt MNCINTAINYA KEMBALI..
spy Kita dpt mncintai-Nya lbh byk dri kita mncintai hamba2-Nya,
spy kita dpt mncintai Rasul2-Nya
spy kita dpt mncinta agama-Nya yg suci..

apa rasenye bler b'cinta???
rase cinta yg btol2 cinta..
rasenye...sukar dgambarkn
klo blom solat, kita rase sesak nfs
coz kita rindu sgt2 nk jumpe dgn Dia
klo blm puase lgi mggu ni
kita akn rse mnyesal sgt2..
coz kta blom mnsucikn hati ini hanya utk Dia
klo blom mngaji lgi hari ni
rse cm nk mngangis jer
coz blom bace surat cinta-Nya
rindu nyerr...hati mlonjak2 nak bace surat cinta Dia..
huhu..rindu sgt2..

klo ade cinta dlm hati..
hanya utk Dia sang kekasih hati..
lautn brapi akn sanggup ku renangi,
gunung tinggi kn sanggup ku daki
gurun panas kan ku harungi..
semata2 utk mnyahut titah perintah-Nya
utk mnyampaikn perintah-Nya
utk mngajak sume orang mncinta-Nya
smata2 krn dakwah-Nya
smata2 krn smpaikn agama-Nya..

okay..
skrg sye sdg mncari cinta-Nya..
coz rse rindu sgt2..
takut nti mse hari p'hitungn
Dia Tak mau memandang sye
huhu..
tak mau,
sye nak Dia pandang sye..

Ya Illahi Rabbi,
ampunkn hamba-Mu yg sgt2 hina ini
duhai Kekasih-ku
ampunkh hamba-Mu yg tak sedar diri ini, yg slalu sombong dgn-Mu
yg slalu mlupakn-Mu
ampunkn -ku Ya Tuhan..



Malu sebagian dri IMAN...




Bismillahirrahmanirrahim..

Jom merenung sjenak utk men-top-up iman,
malu..? rasenyer cmdh lame hilang dri hati sye, huhu..

dri Ibnu Umar r.a bhawasa'y Rasulullah s.a.w prnh b'papasn dgn sorg lelaki Anshar yg sdg mnasihati saudaranya dlm hal malu. kmudian Rasulullah s.a.w b'sabda : " biarkn sja, krn malu sbagian dri iman."

"di antara nasihat para nabi yg dketahuisemua orang adalh : apabila engkau tidak merasa malu, kerjaknlh apa yg engkau mau."

tau tak??
Rasulullah s.a.w adlh sorg Nabi yg sgt pemalu. bahkn lbh pemalu dri sorg gadis pingitan. nmun demikian beliau tidak prnh malu pd kebenarn. beliau berani menyampaikn kbenaran & mnyebarknnya tanpa peduli dgn siapa pun. Rasulullah s.a.w akn berasa malu ktika mlakukan hal2 yg bisa merugikn hak2 org lain.

dari Abu Hurairah r.abhwsanya Rasulullah s.a.w tlh b'sabda, " keimann b'cabang 73 atau 63 . yg pling utama adlh ucapan la ilaaha illallah. & yg pling rendah adlh mnyingkirkn duri dri jalan. & sft malu t'msuk sbagian dri iman.

oleh krn itu, wahai saudara-saudariku, hiasilah selalu dirimu dgn sft malu, sopan santun & b'akhlak mulia yg dsukai semua orang.


Selasa, 17 Ogos 2010

=(

Assalamualaikum..

ustaz HAB ade kate" kerja yg ade utk kita lakukan ini lebih banyak dri masa hidup yg kita ade", huhu..hatiku trase sesak & semput mngingati hal ini. hati sye sesak..!!! huhu...kasihan mereka dan saye! sye yg sgt2 lemah n lambat b'gerak mnyebabkn mrk jauh dri hidayah-Mu Ya Rabb..huhu..
sye yg pemalas mnyebabkn mereka slalu sedih & keliru dgn takdir-Mu, sye yg leka n lalai dgn dunia-Mu mnyebabkn mrk juga lupa n lalai dgn nikmat-Mu..ampuni ku ya Allah, ampuniku ya Allah Ya Tuhanku..ampuniku...

Selasa, 3 Ogos 2010




Jalan Ku Pulang
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Isnin, 2 Ogos 2010

Hazaddeen..*_*


Assalamualaikum..sangat lame kot sye tak tulis per2 kat blog ni, huhu...
sgt2 banyak tarbiyyah yg Allah sediakn tuk sye spjg 2 3 bln ni, b'mula dri b'pindah k RI Zilal yg t'syang, then mukhayyan kat Bgor (sgt2 best..^^), jaulah sister2 France n Ceczh (btol ker ejaan ni..=p) n bru tdi daurah b'sma ustaz n sister2 Poland hbes, huhu...(trase sayu hati ini..huhu..U_U), rabu sok mrk nk blek mesia dah, mlm nti pun ijan nk blik mesia gak, dy cuti kat mesia smpi hbes raye nti..(ramainye y nk pegi..huhu..*_*)

Seriusly, mmg skrg ni hati sye trase sayu, pngisian tuk daurah kli ni adlh bedh buku Hazaddeen krgn Syed Qutb. huhu...sgt2 t'sentuh n t'tampar..(dsmping dpt feel dri lgi Jalanku Pulang by UNIC, isk2...=/) manhaj islam ni ALLAH trunkn utk manusia, mnhaj yg pling ideal n sempurna tuk hidpu manusia, so depends on manusia lar cmner mrk nk b'usaha asalkn Allah Ckp islam ni mesti t'tegak kat bumi ni, cmner kte nk tegakkn islam kat bumi ni --> Allah trunkn AlQuran n Rasulullah sbg guide n pmbimbing KITA tuk mncapai cita2 ni, n Allah pun dh bgi 2 aset pd kte y/i aset pengalaman n aset fitrah. kita ade 2 aset yg sgt b'harga yg kte kene gune betol2 utk mnaikkn islam di muka bumi ini..huhu...
Mmg dlm AlQuran Allah Cakap, " Allah akan menolong ssiapa yg menolong agama-Nya " 47:7
TETAPI, sedarkh kte sume, adekh kte dpt mlihat n mngambil pelajarn dri pngorbann Rasullah n pr sahabat dulu , b'mne n cmner mrk sume wat n b'usha shabes mgkin utk mnyebarkn islam n mnaikkn islam di bumi Allah ni, smpi Rasulullah b'darah2 kaki Bginda kene baling baru kat Thaif shingga akhirnya thn tu Bginda b'jumpa ngn 6 org pnduduk Yathrib yg bru hbes mngerjakn khemah, tu pun slps Rasulullah n shbat t'cinta bginda habes b'jalan n b'jumpa ngn sume orang n msuk stiap khemah yg ade kat Mekah mse msim haji mse tu, pd mse ni lar titik tolak b'mulanye islam b'kembang maju. huhu..8_8--> ini adlh slh stu p'tolongn Allah or we can say that is a miracle from Allah, tpi after Rasulullah wat shabes baik n bginda tak pernah pts asa pun kan,
tpi KITA????????
adekh kte pnh luke b'drah2 kene bling batu mse nk g b'dakwah kat kwn2 kte?? adekh kte kene cungkil biji mate bler kte tetap b'pegang teguh dgn agama kte?? adekh kte kene bungkus dlm tikar n then d'p'asap atas api smata2 taknak mnukar syahadah yg tlh kte lafazkan??? adekah kte tlh pch tumit kaki, b'tmbh kurus n gelap n brase sgt222 letih coz b'jalan n mngunjungi bratus2 kemah mse musim haji (waktu yg sgt2 ramai orang ade kat Mekah)...dapatkh kte mrasai kepahitn n ksengsaraan Rasulullah n pr sahabat mnyebarkn islam wktu dlu???
huhu..tak kn??? KITA BELOM LAGI MERASA PENGALAMAN ITU KAN???

wahai masitah!!! bler kmu nk brubah?? knape awk t'lalu lemah?? knape awk slalu mngeluh?? knape awk slalu byk b'alasn n t'lalu byk soaln ats kerje yg di amanhkn kpd aw?? knape masitah?? awk kan dh b'janji bhw awk ni SEORANG DAIE??! knape still tak nak wat kerje awk sbg sorg daie?? knape still b'ada di ats takuk yg lame??
kesian kwn2 kat ipb nun.. tak kesian ker kat mrk?? kuatknlh hati mu whai masitah..!! huhu...
masih banyak kerje kita..Allah bukan Mlihat pd hasil, tpi pd usaha kita..b'semangat lar wahai hati...

Ahad, 9 Mei 2010

mee tomyam..=)

Alhamdulillah...sgala puji syukur kpd Tuhan yg Mha B'kuasa coz still lgi mmberi msa tuk sya kmbali b'nfas hri ni..ehemm..skit tekak plak hri ni..
Alhamdulillah, genap sminggu duk kat umah baru..
namenye Zilal, hehe..yg b'mksud lindungn...bleh sbut fi zilal yg b'mksud dbawah lindungn..
InsyaAllah, ble ad mse nti sya upload gmbar2 Zilal n ahli2 Zilal..skrg ni ade 11 org ahli zilal, jika diizinkn Allah, ad 3 org lgi ahli yg akn join duk kat sni. n yg kene higlightkn kat sni, juz ade sye n ijan jer yg batch 08 kat cni..isk2...
takper2, ktorg insyaAllah tak kene buli ngn akak2 yg lain, hehe...
then hri ni ada tanggal 9 mei 2010 ade house-warming a.k.a rumah t'buka yg khas dbuat tuk sume warga students mesia (juz gurls jer) dtg tuk mmeriahkn lgi umah baru kmi ni, tjuan utmenye tuk mmbina sbuah bi'ah solehah.. atau rumah islam. insyaAllah..=)
tapikn sbnrnye, hehe..sye tak tlong pun coz bru balik Bogor, hehe...tpi nti sye smbg crite tntg dhia n frenz coz skrg ni nk g mncuci baju.=p
daaa..

Khamis, 29 April 2010

kemas2 barang..

Alhamdulillah..esok dh nk pindh umah baru..
hri ni sibuk nk mmbasuh n mncuci or mngemop or seumpamenye lar..
hehe..
tpi skrg ni tgh nk bz mngemas brg sbnrnye..
sempt gak r nk mncoret sket2 kat blog nih..

Rabu, 28 April 2010

...speechlesss...

Duhai hati...kuatlh kamu utk mnghadapi ujian kat dunia ni..
Allah Mha Mndengar luahan mu duhai hatiku..
Dia Mha Mngetahui apa yg sdg t'jdi kpdmu..
sabar ye whi hati..

Jangan menangis duhai hatiku..
Jangan menangis duhai mataku..
Wahai hati, kuatknlh semngatmu..
Wahai mata, keringknlh air matamu..

Wahai jiwa, tidak layak kmu menyesali nasibmu..
Wahai innsan yg dpegang hatinya oleh Allah Yg Mha Penyantun..
Ujian ini hanyalh skecil biji sawi..
Ujian yg sdg kmu lalui ini tidk layak b'baris b'sam ujian-ujian & mehnah
Yg dlalui pra Nabi & Sahabat dlu..
Ujian ini hanya skecil zarah..

Duhai kaki, teruskn langkahmu..
Duhai tangan, teruskn kerjamu..
Jalan perjuangan masih panjang..
Jalan dakwah yg sbenarnya pun blom engkau hadapi..

Duhai sahabatku..
Aku sahabatmu yg merayu kpdmu..
Temanilah aku dlm p'juangn ini..
Kuatknlh semangatku dgn kata-kata semangatmu..
Tegurlah aku jika aku mlakukn ksalahn..
B'bicaralh dgnku jika engkau sdg ingin b'bicara..

Duhai teman...
Ssungguhnya aku mncintaimu krn Allah..
Ssungguhnya aku ingin b'jumpa dgnmu dsyurga nanti..
Janganlh engkau meninggalkn aku dlm kjahilan,..
Janganlh engkau mmbuatkn aku t'jatuh klembah pnuh khinaan..
Janganlh engkau mmbuatkn aku dfitnah dunia yg kejam..
Janganlh engkau mmbiarkn aku kseorangn dlm kbingungan..

Wahai Allah..
Temanilh aku..
Pujuklh hatiku yg sdg kesedihn...
Tenangknlh jiwaku yg sdg kerisauan..
Damaiknlh hatiku yg sdg kgundahan..
Aku merindui-Mu Ya Allah...

Aku tak ingin menangis lgi Ya Rahman..
Kasihanilh aku Ya Hamid..
Kasihanilh aku Ya Rahim..
Aku hamba-Mu yg lemah & hina..
Aku tak ingin menangis lgi...

Aku ingin terus b'lari di ats jalan dakwah-Mu ini Ya Allah..
Aku merayu kpd-Mu Tuhan Yg Mha Penyantun..
Dengarknlah...
Aku tak ingin menangis lagi...


Khamis, 8 April 2010

~..Bisikan Hatiku..~


..BismillahirRahmanirRahimm..
Dengn nama Allah yg Mha Pengasih lgi Maha Penyayang

Alhamdulillah...dah agak lama sya tak mncoretkan spatah 2 kata kat blog ni, huhu..
okay lar, santai aja yer..? =)
sbenarnya tak tau nak cerita psl ape, tpi juz nak tulis gak lar p'kbgn tuk jualan Garage sell yg dah lme sya buka aritu..huuu..jualan agk mmberangsangkn lar, jazakillah khiaran kpd pra shabat sume yg sudi mmbeli brg jualn sya, w'pun tak byk, tpi at least past lar gak. huhu..buku byk lgi yg tak t'jual, n ade bbrapa brg yg takder sape nk mmbelinya lgi, so klo ssiape yg nak mmbelinya..boleh lar mnghubungi sya yer..

hri ni malam khamis, esok jumaat, lusa sabtu..ehemm..! sbnrnye sye exam UAM GEH sabtu nih..huhu..Astargfirullahala'zim..skrg ni sya ade sindrom MALAS..tak sukenye bile ade pnyakit ini..ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini dri pnyakit malas n tenangknlh hatiku yg sdg resah ini..
kenpa yerk??

adakh krn hubungn ku dgn Sang Rabb yg agak renggang sejak akhir2 ini mnyebabkn sya trase jauh dri redha-Nya..Nauzubillah..=(
hatiku sdg b'penyakit skrg ni..huuu...

Ya Allah yg Maha Pengasih lgi Mha Penyayang,
Ssungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg b'bisik dlm hatiku skrg ni.
Engkau Maha Mndengar lgi Maha Penyantun,
ampunklh sgala dosa & kesalahnku ya Allah..
Tetapkn lah iman di dalam hatiku ini Ya Rabb..
kuatknlh hatiku utk b'pegang teguh dgn agama-Mu ini,
basahknlh hatiku dgn cahaya iman-Mu Ya Qayyim..

Ya Allah..izinklh aku tuk terus b'lari di atsa jalan dakwah-Mu ini..
peganglh hatiku spy aku tidak terus hanyut dlm hal dunia yg mmnyesatkn ini..
bantulah hamba-Mu ini Ya Rabb,
bukaknlh pintu hatiku utk mnerima hidayah petunjuk-Mu..
bimbinglah aku menju ke jalan yg Engkau Redhai..
selamatkn aku dri seksaan azab kubur-Mu & azab neraka-Mu..

aku hamba-Mu yg sangat lemah & sgt hina Ya Allah..
aku hamba-Mu yg sdg mmikul dosa yg sgt besar & berat Ya Rahman..
aku hamba-Mu yg datang sujud kpd-Mu Ya Rahim..
terimlah taubat hamba-Mu yg lemah ini Ya Hamid..
terima lah Ya Allah..
ampunklh segala dosa & kesalahnku..

Ya Allah Yg Maha Pnyantun lgi Maha Agung..
beriknlh ketenangn dlm hatiku ini..
damaiknlh jiwaku ini..
ssungguhnya hatiku dlm genggamn-Mu Ya Allah..
peganglh hatiku ya Allah..
hidup & matiknlh aku dlm nikmat iman & islam..
kabulknh ya Allah segala doa & harapanku..
terima lah ya Allah sgala luahan hatiku..

Ssungguhnya Engkau lah yg Maha Agung lgi Mha B'kuasa..
hanya kpd-Mu aku b'serah diri & mmohon segala-galanya..
Amin ya Rabbal'alamin..

" Dan milik Allah segala yg t'sembunyi di langit & di bumi. Urusan kejadian kiamat itu, hanya spt skejap mata atau lbih cepat lgi. Ssungguhnya Allah Maha Kuasa atas sgala ssuatu".
(surah an-Nahl 16: 77)

Ya Allah yg Maha Indah..izinknlah hamba-Mu yg hina ini merasa semula manisnya nikmat mencintai-Mu dan merindui-Mu
izinknlh hamba-Mu yg lemah ini terus berlari di atasa jalan dakwah-Mu..
Izinknlah hamba-Mu ini menjdi salah satu tentera-Mu yg b'juang utk menaikkn agama-Mu..


TOLONGLAH Ya Allah..

KABULKANLAH..