Rabu, 16 Februari 2011

..hidayah Allah..


Bismillahirrahmanirrahim...

kadang-kadang manusia ini mudah lupa, kadang-kadang bila manusia ini berasa dia ada banyak ilmu, dia menjadi lebih baik dari orang lain, dia lebih hebat dari orang lain..membuatkan dia lupa. tentang ada Si Dia Yang Maha Hebat dan lebih Maha Agung dari dia...

membuatkan hatinya menjadi keras..sukar ditegur,tidak mahu ditegur, tidak mahu orang lain melihat dia salah..tidak mahu membuka dirinya untuk difahami oleh orang lain..
tidak mahu ditarbiyyah..maknanya dia tidak mahu hidayah Allah...

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." surah Ar-Ra'd 13:11

saya sedar, saya tidak layak untuk menulis tentang hal ini, kerana hidayah adalah hak mutlak milik Allah yang Maha Pemberi hidayah..

sahabat pertama:
Dia adalah akhawat pertama indonesia yang kami ada di kampus ini. dalam keterbatasan ilmunya untuk memahami islam, dalam keadaan sekelilingnya yang langsung tidak mendukung dia untuk menjadi seorang seorang penggerak islam...akhirnya Allah telah memberi hidayah untuknya. bukan secara kebetulan, tetapi dia sendiri yang berusaha untuk mencari hidayah Allah. dari tidak tahu mengaji, dia tekad untuk belajar mengaji al-Quran dari seorang akhawat,dari tidak memakai tudung, dia berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, dia berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik dan lebih sempurna, dia berusaha untuk mencari usrah yang sebenarnya usrah,dia berusaha untuk menjadi seorang penyampai, berusaha untuk menjadi seorang daie, seorang penggerak. dia berusaha, dia menguatkan hatinya, dia tidak malu walaupun di ejek oleh kawan-kawannya, dia bertekad untuk menjadi seorang akhawat, dia bertekad untuk menjadi seorang dai'e walaupun kawan-kawannya menentang perubahannya..bagaiamana dia berusaha???
Dia sangat rajin bertanya..dia tidak malu untuk bertanya tentang apa yang dia tidak faham, walaupun hal sepele, tapi dia tetap bertanya tentang hal itu. dia tidak malu, dalam hati dia kami dapat melihat bahawa dia memang bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang muslimah, dia selalu bertanya: 'kak, liqa' kita minggu ni kapan?? malam ini ada daurah gak?? kapan mau ngumpul lagi kak? bersama-sama akhawat jakarta yang lain? kak, siapa lagi akhawat jakarta yang lain, aku pingin ketemu kak???" setiap minggu dia bertanya kpd kakak usrahnya yang baru.
dia juga sering bertanya kepada saya.."gimana ya aku bisa menasihati teman2ku untuk berubah? aurat itu bagaimana ya masitah? aku pingin berubah begini, bisa gak? kamu ada ayat2 alquran tentang hijab gak..???" begituuuuuuu banya persoalannya untukku, untuk kami..
kerana 1: dia ingin berusaha mencari hidayah Allah, dia berusaha untuk mencari redha Allah, dan dia berusaha untuk mencintai Allah, RasulNya dan agama-Nya...

sahabat kedua:
Sudah 2 tahun kami berusaha pergi kepada dia, kami selalu sharing dengan dia, kami melakukan pelbagai wasilah tarbiyyah dengan dia dan kawan2nya, dia sudah dapat banya ilmu dakwah, kami sentiasa beri perangsang dan sokongan untuknya bergerak (semoga Allah menjauhkan sifat riak dari hati kami)...segala2nya...setelah 2 tahun, namun dia tetap begitu.
bila bersama murabbinya, dia seolah-olah tidak mahu membuka dirinya untuk difahami oleh kakaknya, dia tidak mahu membuka segala masalah yang dia hadapi dengan kawa2nya dengan kakaknya..hanya jawapannya.."okay jer kak..". setiap minggu, kakak usrah yang bertanya bila mahu buat usrah, setiap hari kakak usrah bertanya, apa masalah kamu dengan kawan2, bagaimana keadaan di sana, dan banyak lagi pertanyaan...yang hanya dijawab.."okay jer kak,tiada masalah yg besar2 sgt, jangan risau lar...". dan setelah 2 thn..dia tetap mandul..
bila kakak usrah busy, dia langsung tidak bertanya tentang usrahnya, bila kakak usrah pesan.."nanti bila balik malaysia, jangan lupa terus sms akak tau, nanti kita buat usrah call.." dan sang kakak terus menunggu..dan menunggu..sehingga habis cuti, si adik langsung tak telefon, walaupun sudah balik ke sini, dia tetap tak telefon atau reply sms dari sang murabbi..
dia lebih mementingkan kawan2 berbanding tarbiyyah, dia tidak mahu ditegur, tidak mahu membuka hatinya, seluas-luasnya yang dia mampu..untuk menerima ditarbiyyah dan mentarbiyyah...usrah hanya boleh terima bahan2 yang basic dan ringan, tidak mahu terima bahan2 yang haraki dan berat, tidak mahu berlama-lama dlm usrah hanya dengan alasan..."saya nak berjumpa dengan kawan2 yang lain..."....dia tidak mahu terima bila ditegur...dia mahu memilih dengan siapa dia bekerja...kesimpulannya: kalo sebulan si kakak tidak hantar sms kepada dia even bertanya kabar sekalipun, maka sebulan juga dia tidak akan hantar sms juga bertanya kabar kpd si kakak..

"Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah Memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (surah al-Qasas 28: 56).

sungguh, Allah Maha Mengetahui, hati siapa yang benar-benar berusaha untuk mencari hidayah-Nya, sungguh Allah Yang Maha Penyantun benar-benar tidak akan menzalimi diri hamba-Nya..Dia Memberi kepada hamba-Nya yang berusaha, berusaha untk mencari hidayah-Nya, berusaha untuk mencari redha-Nya, berusaha untuk mencintai...

"..Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perasaan riak dan sombong, Ya Allah..aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang menyesatkan..
maka kuatkanlah iman di dalam hatiku, tetapkanlah hatiku untuk terus melangkah di atas jalan dakwah-Mu..sehingga ke akhir hayatku., sehingga ke hembusan nafas yang terakhir, jadikanlan dakwah dan tarbiyyah ini sebagai cara hidupku, izinkanlah aku untuk mati syahid di jalan-Mu, tsabatkanlah aku sehingga kemenangan agama-Mu Ya Rabb..kabulkanlah segala doa dan harapanku, dan ampunkanlah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku.." aminn.
.


Ahad, 6 Februari 2011

Kisah Air Mata


Dingin subuh seakan-akan menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.

Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.

Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar." Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

"Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin".

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini". Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. "Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya".

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa.

Ya Allah,

Bimbinglah aku ke arah agamaMu,

Dekatkah hatiku padaMu,

Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,

Berilah aku kasih sayangMu,

Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,

Amin.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Mari kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari hari ini. Hargailah setiap detik dan manfaatkan masa sebaiknya sebelum malaikat maut datang menjemput.

..copy paste dari : http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1622-kisah-air-mata.html

Khamis, 3 Februari 2011

Dia Yang Setia Menunggu..



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

ehermm...^_^
dah lama tak menulis di blog ni, rasa canggung plak, hehe...

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (surah Qaf 50: 16)

"Dan ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (surah alBaqarah 2: 152)

" Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh Tuhanku di jalan yang lurus (adil)." (surah Hud 11: 56)

" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui." (surah al-Mulk 67: 13-14)

Subhanallah, Ya Allah, betapa Engkau sangat-sangat mencintai hamba-Mu..
ke mana saja kami pergi, Engkau pasti ada..
setiap saat, setiap waktu,
tidak kira ketika kami ketawa, ketika kami sedih, marah, kecewa...
Engkau pasti ada, setia menemani kami..
setia..sangat setia...

Asatargfirullahal'azim...betapa hinanya hamba-Mu ini..
betapa ruginya kami,
kami yang menzalimi diri kami sendiri..
kami yang sombong,
kami hamba-Mu yang tidak sedar diri, tidak tahu berterima kasih..
selalu lupa untuk bertasbih kepada-Mu
selalu lalai untuk mengingati-Mu..
selalu saja lupa untuk bertasbih memuji-muji-Mu...

Apakah yang telah kami lakukan ini Ya Rabb,
Engkau yang setia memelihara kami,
Engkau yang setia menunggu kami untuk menemui-Mu kembali,
Engkau yang Maha Agung..menunggu kami
di setiap waktu..setiap waktu malam...di setiap sujud kami..
owhhh...celakalah diriku ini..
kerana selalu lupa akan diri-Mu..
betapa ruginya hamba-Mu ini..
ampun aku Ya Allah...


Rabu, 2 Februari 2011



SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :NadaMurni
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid..

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah diburu syahid
Namun jiwa tetap marak menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi.
Tunggulah syahid atau menang..

Rabu, 3 November 2010


tgh sedih sbnrnye ni
homesick..
huuuu.....

then bler bace akhbar onl9,
ttg b'mana taghut2 or musuh2 islam mnghina islam
mkin b'tambah emo plak

rindunye kat mak abah
kat adik2 kat umah
kat kucing2 umah

i really2 miss my home..
huuuu..T_T

geram!




Bismillah..

my mood skrg: rse sgt bosan, bosan tau x???!!
dgn berita2 bohong yg dkuarkn oleh taghut2 keji ttg islam, bosan dgn pnipuan2 dunia yg sgt2 mmualkn, bosan dgn musuh2 islam yg tak habes2 nak mmprovoke islam!
"ssungguhnya musuh2 islam alwayz b'usaha utk mnjatuhkn islam..ya Allah,....(speechless..=()

bce eramuslim : tak hbes2 dunia barat nak mnjatuhkn islam, mngecam islam dgn pelbagai fitnah yg mnyakitkn hati bler mmbacenyer, kecamn demi kecamn...
bce akhbar2 mesia : tak hbes2 ttg brite2 ngra yg pnuh dgn pnipuan & lakonn smata2, mmalukn agama Allah jer kejenyer..!
tgok luar rumah : org hnya islm pd ktp, bler tanye agame ape, mrk jwb islam. tpi tgok dri ats bwh lgsg tak mnunjukkn identiti islam.
gerammnye!!!!


Rabu, 27 Oktober 2010

~bioetics is love of life~



sbnarnye xder kaitn pun dgn tajuk, tpi skrg ni dlm mood 'in love'...(weeee....=))
Bismillah..
krn Allah tlh mnyusupkn prasaan cinta dlm hati stiap hamba-Nya,
so b'syukur lar coz kita dberi ksempatan utk mncintai & dcintai..
mncintai Allah & pasti Allah akn mncintai kita
mncintai Raslu-Nya & Rasul-Nya akn mncintai kita
mncintai mak & ayah, & smestinye mak n ayah kita amat mnicntai kita..
mncintai sahabat2 kita, & insyaAllah mrk pun akn mnicntai kita..

mncintai agama-Nya, sanggup b'juang b'mati-matian utk mnegakkn agama-Nya sbg UA di alam ini
mncintai jalan dakwah-Nya, snggup b'habes tenaga, masa, wang hatta dbayar dgn darah pun sanggup thabat di jalan-Nya..
so cmner nak mncintai ini sume...???

ssungguhnya Allah hanya mnciptakan satu ruang dlm hati, hanya bleh di isi dgn satu cinta sja.
so kene lar pilih...hurmmm...
cinta Allah vs cinta sang kekasih hati...
cinta Allah cinta yg pasti n hakiki,
cinta sang kekasih TAK PATI N TAK HAKIKI..
tepuk dada tanya iman,
itupun klo iman tgh kuat skrg ni,
klo iman dlm hati tak kuat...????
nak wat cmner???
cari lar sndri jwpn...=p

wassalam..